Aku mahu semuanya berakhir dengan baik

Semalam masa tengah baca Al-Quran, kakak masuk bilik.

"Nak ikut kakak pergi Giant tak?"

"Okay."

"Kakak nak cerita fasal masa depan."

Aku pandang kakak. Kenapa lain sangat bunyinya? Dan mungkin kakak perasan cara aku pandang dia, dan masa tu juga dia cakap.

"Kakak nak cari kerja, nak minta pendapat."

Tapi aku tahu apa sebenarnya yang kakak nak ceritakan. Pasti berkisar tentang aku dan dia.



Pukul 9 aku turun rumah kakak. Kakak tengah bersiap. Aku tunggu sambil tengok tv, entah cerita apa. Aku tak fokus pun. Fikiran aku melayang ke lain.

Tak lama lepas tu, kitorang gerak. Nana pun ikut sekali. Semuanya 3 orang termasuk aku.


Mula-mula pergi Giant dulu. Kakak nak beli barang untuk memasak. Aku dan Nana beli minuman 3 dalam 1. Aku nak simpanletak dekat opis. Buat bekalan sebab aku tak makan lunch. Kira tak ada la perut aku kosong.

Lepas beli barang, kakak ajak pergi makan dekat Sri Gombak. Aku follow je. Aku order nasi goreng paprik, kakak, nasi paprik dan Nana nasi kosong dan tomnyam. Lama juga tunggu sebelum order sampai. Sementara tu, kakak pun mula memberi nasihat(Kan dah cakap).

"Zu, sampai bila nak macam ni? Iwan tanya kakak kenapa Zu menangis. Kakak cakap ada la problem tu. Tengok Iwan pun perasan."

Aku diam, dengar je apa kakak cakap. Masa ni aku dah fikir kembali tentang dia.

"Dengar la nasihat kakak. Kalau betul dia ikhlas sayangkan Zu, dia akan bawa Zu pergi rumah dia."

Masa ni aku dah termenung, tapi masih tetap mendengar kata-kata kakak.

"Memang la dia cakap, ayah dia sakit semua. Tapi Zu dengar hanya dari mulut dia. Kakak faham. Apa kata Zu pergi rumah dia, pergi tengok sendiri rumah dia, jumpa mak dia, dan mana tahu masa tu Zu sendiri yang tak nak dekat dia lagi sebab, mungkin Zu tak sanggup atau kasihan pada ayah dia."

"Tak adanya ayah dia bertambah sakit kalau Zu pergi rumah dia. Kalau ayah dia tak nak jumpa, Zu jumpa mak dia. Mungkin lepas tu hati Zu puas. Mungkin masa tu Zu akan lega sebab sekurang-kurangnya Zu pergi dan lalui sendiri semua tu."

Nana dengan aku diam. Dalam hati berfikir. Kenapa aku tak pernah tanya dia macam ni. Kalau dia ikhlas sayangkan aku, dia akan bawa aku pergi jumpa kelurga dia. Kalau lepas jumpa, keluarga dia masih tak sukakan aku, aku boleh lepaskan dia dengan hati yang lega.

Banyak lagi yang kakak cakap, dan banyak kata-kata kakak yang membuatkan aku berfikir. Aku pergi sana esok malam (khamis), dan sampai sana pagi jumaat.

"Kakak nak Zu pergi kali ni untuk kali yang terakhir. Selesaikan semuanya, lepas ni tak nak lagi sedih-sedih."



Mungkinkah ni kali terakhir aku pergi sana? Dan mungkinkah aku akan berjaya pergi ke rumah ayah dia?

p/s : Nasi goreng paprik yang aku order tu ada cacing. Mati selera aku yang sememangnya tiada.



0 comment: