Date & Movie - Papadom



Semalam, 18-10-2009, keluar dengan Alif. Banyak sangat aktiviti semalam. Padat.
Janji dengan Pakcik pukul 11 macam tu la. Pakcik tu pun datang dari Perak. Jauh ekk..? TQ Pakcik, susah2 aje, next time datang lagi ye ! Hehehhee.. Pelukkk sikit..

Pakcik jemput kat rumah pukul 11 lebih. Kemudian pergi cari makan dulu sebab 2,2 dah macam lapar kebulur kan. Hahah, I tahu you lapar sangat walaupun you selalu cakap yang I makan banyak. Kan dah start membebel, err errr.

Pas dh kenyang tu, suruh Pakcik hantar g buat rambut. Eehe, excited gila bila buat rambut. Kasihan juga kat Pakcik tu kena tunggu lama (angkat-angkat kening pada Pakcik), tapi bukan selalu kan ! :) Tq Pakcik.. Meh nak peluk lagi, hahaha gatal sungguh!

Ehem, cantik tak, kena dengan muka tak..?


Okay maaf pada kualiti gambar yang tak berapa nak elok. Pakcik tu menggigil la tangan dia bila suruh tangkap gambar I. Dengki la tu kan Pakcik..? Huh.. <--muka tak puas hati.. Hahaha.. Lepas dah g buat rambut, I suruh Pakcik hantar I g tangkap gambar pasport. Nak apply kerja, nak sambung belajar dan sebagainya la. Ahhh, tension-tension. Okay, tak mahu fikir pasal kerja dan belajar buat sementara waktu. Sementara waktu itu merujuk pada waktu sekarang ya! 12.02pm, eehhee, kemudian-kemudian nanti baru fikir. Lepas tangkap gambar,drive menuju ke KL. Singgah makan cendol dekat titiwangsa kejap. Layannn. Pakcik tak makan pun cendol. Tak menarik katanya. Hijau je. Hahaha, cendol memang la hijau ! (Sekeh-sekeh Pakcik.) Lepas tu macam blur, tatahu nak pergi mana, tatahu nak buat apa. Alif cam ajak pergi Port Dickson. Tapi macam jauh je, masa terhad okay !! Jadi lebih baik kita lepak dalam KL je, betul tak sayang?! Wah2.. Tiba-tiba bersayang2 plak?! Suka-suka hati je kan. Pfft.

Pastu tiba-tiba dapat idea. I ajak Alif pergi menonton wayang. Cerita Papadom. Kebetulan kitorang pun tak tengok lagi cerita tu. Ehhhe. Cerita tu kelakar la. Suka la. Terbahak-bahak juga la ketawa dalam panggung. Ehehe, kira macm tak rugi la tengok. :D Farid Kamil punya watak cam sengal je, ahahha.
Sementara menanti waktu tayangan , kitorang lepak sebentar di Starbuck pekena Caramel Cream. Waduh2, lazaxx bangat !


Hehehe..


Lazaxx..!


Kenapa U senyum macam tak ikhlas ha..?

Okay tak apa, boleh belajar dengan I, hahah.

Percubaan pertama, kurang berjaya..


Okay, cun.. Err err , maksud I, kacak! Anda lulus !


Opss ! Terlebihh sudahh..


Habis tayangan, wajib bergambar dengan poster 1.

Jauh sgt ni, Pakcik. Dekat sikit boleh..?

Okay, this is better ! Hehehe.

Dalam pukul berapa entah, kaka telefon cakap, dorang otw ke Times Square. So, tungu la dorang datang, jumpa kejap, gosip sikit-sikit, pastu kitorang berpisah, sebab I dengan Alif nak pergi joging. Okay, saja I nak bagi Pakcik itu excercise sikit, asyik duduk dalam a-cond je, waktu bila peluh nak keluar, sebab tu U tembam ! Bila I cakap tembam tak mengaku. Gambar ni sebagai bukti..


Hahahahaha..

Tapi walaupun U nampak tembam, I tetap suka.. Hehehe.


Suka sangat pic ni. Tp Pakcik tu tak reti duduk diam pula.


Upload dua kali sbg bukti sukakan pic tersebut. Hahah.

Waktu joging tu kitorang bukan lari sangat pun. Sebab tapak kasut Pakcik tercabut. Hahaha, gelakkan dia.
Itulah, berlagak lagi dengan I (angkat-angkat kening.)

Okay,dah. Gelak banyak-banyak pun tak bagus. Eheheh, sorry, Pakcik ! Gurau sahaja !

Sebelum balik tu, singgah makan di H.R Steak House di Kg Bharu. I makan fish and chips, Alif pula makan Chicken Chop. Memang best..



Walau apapun, I nak U tahu yang, I gembira sangat hari tu. Macam-macam yang kita lakukan bersama, macam-macam yang kita bualkan, sekurang-kurangnya bila berpisah (mungkin kerana tiada jodoh), kenangan-kenangan ni ada untuk mengingatkan I pada seseorang yang pernah membahagiakan I dulu. I sayang U, Alif. Take care okay.




Look at me, bcoz i wanna say something..

.....
.....
.....
.....
.....

I Love You and Only, Pakcik.

dan ;

Ya ! Betul ! Tepat !
I keluar dengan artis, sebab tu gambar terpaksa di..errr dibutakan kot..

,

2 comment:

Eyra Rizal-Makeup Artist said...

heyyY ade kekosongan utk kelas makeup 7/11 ni.. rm150 shj. sape2 berminat register cpt2 tau!! 016-2128740

http://www.eyrarizal.com

NenetPenne (NP) said...

bila teringatkan kenangan, hati akan sebak kerana kenangan itu tak mungkin akan datang semula bersama orang yang telah pegi meninggalkan kita...

- my own experience -