Entri Khas Untuk Zabedah Harun.

Assalamualaikum Kakcik, its me, Zu. Hahaha, gila ke apa minah ni. Meh nak ketuk kepala sikit.


Entri ni ditujukan khas kepada awak kerana telah menyediakan saya makanan untuk sahur pagi tadi. Serius saya rasa sangat terharu dengan kesudian/kelapangan/kesenangan awak kerana bangun awal untuk masak. Walaupun hanya nasi goreng, ia sungguh bermakna okay. Saya nak cakap, betapa berterima kasihnya saya pada awak. Tapi macam malu nak cakap. Jadi disebabkan saya tahu awak akan membaca blog saya ini, jadi saya hanya luahkan apa yang saya rasa disini sahaja. Tapi balik rumah nanti tolong jangan gelakkan saya dan menyatakan yang minah ini sangat poyo. Simpan sorang-sorang sudah.

Saya ingat nak belanja awak makan nanti, awak dan hehehe, kiah sekali la, nana sekali karang kakak dan adik saya yang dua orang itu akan merajuk pula. Hahaha, almaklumlah...Keluarga kita ni kan sensitif.

Okay, itu sahaja untuk kali ini, jumpa awak dirumah ya, jaga diri selalu.

I you, my dear sister..

p/s : terharu tak..?


0 comment: