Novel - Segalanya Untukmu BEST!

Salam untuk semua pembaca ^^, hehehe..

Aaaa, baru je sudah habiskan baca novel tajuk "Segalanya Untukmu". Memang mantap! Jalan cerita sangat menarik. Nama watak dalam novel ni pun unik. Jehanna dan Fahem. Aaaa, chantek annn nama dorang??

Cerita memang sadis, menekankan unsur kekeluargaan. Aaa, tak terkira berapa kali mata ni mengeluarkan air mata coz sedih sangat. Sob sob sob. Menangis macam tengok cerita korea kat tv, memang tabley blah, tapi begitulah hakikatnya. Huhuhuh, hati perempuan ann lembut. ;p Wekkkk.

Bila habis baca novel ni, rasa cm tak sabar plak nak kawen (hahahh jum ketawa sama2). Romantik gile Fahem. Rasa sweet sangat bila, lepas habis solat subuh, masa dia salam dengan wife dia, Jehanna, dia akan tanya, "Jehan apa khabar, sayang?" Ooooo sweet and romantik sangat rasanya! Tersenyum-senyum bila baca. Alahai, I want someone like Fahem!! Hehehe, doa doa semoga dapat seorang yang macam tu. ;p Wekkkk.


SINOPSIS

JANGANKAN di alam sedar, di alam mimpi pun Jehanna Aisya tidak pernah berhajat untuk punya suami. Baginya, pengalaman lalu adalah guru yang paling jujur. Api dendam yang marak terhadap lelaki tidak pernah padam walau tahun demi tahun berlalu. Selagi terdaya, dia akan berlari dan terus berlari walaupun ke hujung dunia.

Katalah apa pun, Fahem Ammar tetap tidak memerlukan wanita ber-gelar isteri dalam hidupnya. Dia bukan jenis lelaki yang akan tunduk pada kehendak hati. Baginya, perkahwinan itu ibarat satu perjudian. Menang atau kalah hanya bergantung kepada nasib. Selagi boleh dielak, dia akan cuba mengelak seberapa daya yang mungkin.

Tapi, itu kata Fahem dan Jehanna yang punya cerita tersendiri, sedangkan janji ALLAH jauh lebih baik daripada itu. Dalam hangatnya mentari yang memancar, mereka dipertemukan dalam keadaan yang tidak diduga. Ada ego yang tercalar, ada hati yang terbakar dan ada pula bibit-bibit rindu yang hadir tanpa disedari.

Namun, bukan hidup namanya jika berjalan di atas garis lurus semata-mata. Bersaksikan Pulau Redang, Fahem melafazkan cinta. Malangnya, pantai yang sama juga menjadi saksi luka di hati Jehanna kembali berdarah. Semuanya kerana Fahem!

Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali?

2 comment:

Hana said...

hana_kimi

eii!!! geramnya! aku pon nk baca novel ni gak! mane aci!!!! argh!! esok aku nk beli la novel ni! he2!!

Hana said...

romantik giler si fahem tu! aku suka masa dye tersilap peluk org,dye ingat abg dye,rupa rupanya dye peluk fahem!!! hu hu!!