Cuti-Cuti Malaysia.

Assalamualaikum. ;)

Rasa cepat je masa berjalan. Sabtu...Ahad..Isnin dh start kejer. Huh. Rasa cm x puas jer bercuti. Heeee. Kalau la dalam seminggu, hari Ahad tu ada 3 kali kan best, aaaaaa, merepek sudah!!

Hari sabtu haritu, sibuk sangat, penuh dengan aktiviti. Pagi, pergi tasik titiwangsa sebab ada sambutan hari polis. Teman kakak, pagi2 lagi dia dah kejut suruh bangun mandi. Aaaa, saya mengantuk sangat. Dah la malam jumaat haritu keluar merayap sampai tak hingat dunia, hehehe tipu je. Kalau tak hingat dunia, tak balik la rumah ann?? Hehehe, ayat nak power jer! Tapi bila fikir-fikir, bukan tak boleh tidur pun balik nanti ann, so saya gagahkan juga la diri bangun and mandi. Bersiap-siap, make up berbagai, hehehe, pastu baru gerak g titiwangsa. Sebelum tu sempat la breakfast kat rumah. Makan roti telur je, layan jugakkk ann!! :D

Lepas breakfast, baru gerak menuju ke titiwangsa. Lupa langsung nak snap pic, so tade pic yang nak dikongsikan untuk tontonan. :,( Apedaa. Penuh gak orang kat titiwangsa. Tapi tak bape meriah laaa, ntah kenapa. Kejap je lepak situ, dalam pukul 12 lepastu gerak g Kg Bharu utk lunch. Makan ikan bakar. Heee, syiokkk, layannn tp entah kenapa makan x habis. Huh, membazir je, ingat kaya ape??! Mata and badan masa ni toksah ckp la. Letih teramat. Tapi lepas makan tu rasa segar la plak, hehehe.

Lepas lunch, rasa cm segar sikit, gerak la plak menuju ke Ulu Yam utk mandi manda. Huh. Syiokkkkk sangat. Air sejuk gilessss. Mandi kejap je, badan dah menggigil. Huhuhuh. Lepak situ dalam sejam, pastu bersiap2 nak balik. Badan and mata dah tatahan dh. Bantal and selimut dah terbayang-bayang kat mata ni haaa. Hehehehe, ingat nak tidur jer!

Pastu rancangan untuk ke Dataran Merdeka sbb Ulangtahun TV3 yang ke 25thn terus dilupakan. Mmg tak larat langsung da. Huhuhh. Sampai je rumah, terus tukar baju and tidur. Syiokkkkkkkk....

Malam tu plak, ada date dengan family. Beriadah sambil bawak anak-anak saudara ke titiwangsa utk bermain. Dinner kat sana gak. Menu ; Sambal sotong, lala rebus and hati ayam masak kicap, mmg layan sgt ahhh kannnn. :D Lepas dh kenyang2 perut, terus baring atas rumput, badan rasa cm letih ag. Pukul 11.30 mcm tu, baru bergerak pulang ke rumah. Aaaa, x sabar nak tidur agikk.

Hari ni rasa cm ceria sket sbb masalah peribadi dah settle. :) Harap2 keceriaan ni tidak akan menjauhkan dirinya. Aaaa, tak larat nak tengok jerawat yang tumbuh dengan pesatnya kat muka ni. Hehehehe.. ;p

0 comment: