Mendung Dan Hujan.

Assalamualaikum.


Dah 2 hari asyik hujan je. Semalam hari ahad, hujan juga. Tak dapat nak g memana kecuali duk rumah saja. Plan nak pergi berkelah pun tergendala. Huhuhuh. Tapi hujan-hujan pun seronok juga. Jadi ular sawa belengkar atas katil sambil berselimut. Nikmat je rasanya. Huhuhuh. 

Aduh, Nurul tak tengok lagi Geng Pengembaraan Upin & Ipin. Uhuk. Kecewa ohw. Ingat nak pergi tengok Rabu malam ni. Ada sesapa yang belum tengok dan sambil-sambil boleh temankan Nurul, bgtahu la. Kedatangan anda amatlah dialukan. Hahaha. :)) Bosan ohw tengok sorang-sorang. Sekali je Nurul pernah tengok wayang seorang diri. Cerita transformer. Fuh. Memang macam mati kutu sikit. Wuwuuww. Ye la. Tak ada kawan nak diajak bersembang, bergosip dan sebagainya. Wuwuwuw.. ;p

Ada perkara yang mengejutkan berlaku pada Nurul Jumaat lepas. Fuh...Tarik nafas...

Macam ni ceritanya ; Ada seorang kenalan Nurul ni. Dia lebih kepada abang angkat Nurul la.Umur dia pun dah 32tahun. Selama ni pun, Nurul memang anggap dia macam abang je. Tak pernah feel lebih-lebih pun. Tapi, hari Jumaat haritu, tiba-tiba je dia cakap dia sukakan Nurul. Ohw, terkejut unta saya! Tiba-tiba je. Dah 3 tahun kenal, baru sekarang bagitahu. Fuh. Kelu tak berkata. Mula-mula Nurul rasa cm tak sampai hati nak tolak. Tapi bila fikir-fikir balik, Nurul rasa Nurul tak boleh go la. Kena terus terang dengan dia juga nih! Tak boleh jadi.....

0 comment: