Nurul di Terengganu, Bercuti.
Assalamualaikum.
Mula-mula sekali Nurul nak kalian semua teka Nurul ada dimana sekarang. Kalau dapat jawab Nurul bagi flying kiss dari sini. HAHA. (:
Okay lah, tak mahu la main teka-teki. Nurul sekarang ada di Balai Polis Gong Badak, Kuala Terengganu. Haa? Apa kesalahan yang Nurul buat sampai masuk sini, jauh dari KL pula tu. Eh tak.. Nurul tak buat kesalahan apa-apa pun, Nurul datang sini saja nak bercuti plus Nurul nak teman kakak Nurul yang ditugaskan kesini. Ya, dia bekerja sebagai polis.
Nurul pernah cerita yang buah hati Nurul pun bekerja disini juga yang sebelum ni dia kerja di Ipoh, Perak. Disebabkan ayah dia minta dia untuk tukar kerja dan menetap disini, jadi dia mengikut kata ayah dia dan berhenti kerja lalu bekerja disini sebagai pensyarah. Tak mahu la bagitahu kat mana. Bukan kalian kenal pun kan? (:
Walaupun dia terpaksa berhenti kerja yang dia sayang tu, tapi demi ayahnya yang tak berapa sihat tu, dia turutkan saja, walaupun ada juga dia mengadu yang dia menyesal berhenti kerja dekat Ipoh tu, dan dia cakap, bila tengok muka ayah, rasa menyesal tu hilang. Tak apalah kan. Masa ni la dia nak balas budi ayah dia.
Hari ni, dah hari ke-3 Nurul duduk sini. Jumpa pakwe Nurul pun baru sekali. Hari ni, dekat Terengganu kan cuti. Hari Jumaat dan Sabtu. Mula-mula ingat, dapat la lepak dengan dia lama sikit memandangkan semalam jumpa dia kejap je, itupun dalam suasana yang tegang. Tapi dapat mesej dari dia dalam pukul 2 macam tu cakap dia sakit perut yang teramat, entah, mungkin salah makan kot. Jadi hari ni, mungkin juga tak dapat jumpa dia.
Pelik sikit rasanya. Sebab dulu kalau datang sini, mesti rasa teruja nak jumpa dia. Tapi masa turun je dari bas pagi tu, tak rasa macam tu pula. Kenapa ya? Kemungkinan yang Nurul dapat fikir, adalah seperti berikut. HAHA. (:
1- Sebab dia layan Nurul acuh tak acuh lepas dia datang KL haritu. Malam last nak jumpa tu, dia layan punya la romantik, tapi lepas sampai Terengganu, terus buat tak tahu. Sakit juga hati ni. Tapi sebab dah biasa, macam pepatah, alah bisa tegal biasa tu, membuatkan Nurul rasa macam 'tak apalah, aku dah biasa kena macam ni.'So teruskan juga hidup walaupun sakit hati. HAHA. (:
Nurul nak bagitahu yang, gambar bawah ni adalah gambar Nurul dengan pakwe Nurul. Hmph. Tahun depan entah masih sepasang kekasih atau tidak?
Okaylah, jaga diri semua. Senyum selalu. Muah. (: