KAWANkawan

Balik Gombak terus rindu dekat kawan-kawan. Esok dah start kerja balik. Rasa excited sebenarnya nak jumpa dengan dorang. Heee. 
Okay dah, nak mandi, dan siap2kan baju untuk pakai esok. ;p

Gud nite everybody..

Hai.

Assalamualaikum.

Lama tak update. Tak ada masa. Balik kerja pun penat. Belog pun dah bersawang. Tak tahulah kalau masih ada lagi orang yang datang menjengah. Hiro kot? Hahaha.. ;p

Kerja, dapat unit trafik. Okay la. Kerja luar, naik motor. Dapat partner pun best, so kerja yang tak seronok pun jadi sgt menyeronokkan.

Nak citer apa lagi ye? Nanti la fikir!

Gambar sewaktu hari wilayah@dataran merdeka.

Kenangan Indah.



Pagi-pagi ni rasa rindu pula kenangan-kenangan di kem bulan lepas. Semua masih segar diingatan. Tapi yang paling best sekali sebab dapat jumpa ramai orang yang datang dari berbagai negeri. Berhadapan dengan kerenah-kerenah kawan-kawan, dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, buat masa ni, I boleh masuk dengan semua orang, cuma dengan budak laki je malu sikit. Heee. ;p

4 gambar yg bawah tu, tangkap masa kat kem. Masa tu hitam lagi. Hahaha. Hitam itu menawan kan kan? ;p Yang 4 keatas pula gambar sekarang. Tangkap semalam (3/9/2010), masa dalam kelas belajar undang-undang dan sewaktu belajar Seni Mempertahankan Diri (SMD). Rasa seronok sangat. Sebab dulu kerja, dan masa zaman sekolah pun I jenis yang tak punya ramai kawan, tapi bila dah masuk sini, barulah rasa perasaan yang macam ni. Sangat seronok. Walaupun kadang-kadang ada perangai kawan-kawan yang kurang menyenangkan hati, tapi itu semua biasa lah kan? Kat mana-mana pun macam tu.. :)

Gambar yang paling I suka adalah, jeng jeng jeng....

Kahkahkah...

Sangat Rindu.

Assalamualaikum.

Sebulan tinggalkan belog, kini kembali dengan wajah yang lebih gelap. Hahaha, ini semua kawad punya pasal. Tapi sungguh seronok. Pertama kali tinggal di kem, duduk sebilik 7 orang bersama kawan-kawan yang super best. Sekarang ini sibuk belajar undang-undang. Kalah budak universiti. Heeee.

Bolehlah singgah dan mula kembali komen belog kawan-kawan. Oh, I tak lupakan korang tahu! Tidak sama sekali.

Dan sebelum itu, I nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua kawan-kawan yang beragama islam. Semoga RAMADHAN kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. Tak mahu ponteng-ponteng puasa okay. (;

Heeeee...


Gelap kan kan? Hahaha.

Gadis ini memohon maaf.

Assalamualaikum.



Malu nak mengaku diri seorang blogger kerana nak update belog pun jarang-jarang. Maaf ya kawan-kawan. Memang selalu macam ni kan? Bila lambat update belog, atau dibiarkan lama tidak berupdate, pasti hanya tahu meminta maaf. Tapi bila difikir-fikirkan, selain daripada itu, apa lagi yang boleh Nurul lakukan? HEHE. (:

Disebabkan dah lama tak letak gambar, maka teruplodlah gambar ini. HAHA. (: 


Tapi bila tengok folder gambar yang lama-lama ni, rasa macam tak ada apa yang berubah kecuali muka ditumbuhi jerawat yang agak banyak. Itulah yang paling dikesalkan sekali. Perkembangan yang tidak membanggakan sama sekali! Sama dua kali juga tidak! Huh..


Nurul dah mula lapor diri hari khamis yang lepas. Bersama dengan Nurul, ada lagi 88 orang yang datang. 19 perempuan dan yang selebihnya adalah lelaki. Memang kerja pembantu penguatkuasa ini tidak ramai perempuan agaknya.


Selain diceritakan dengan cerita-cerita yang tidak menarik langsung iaitu mengenai latihan yang akan diberikan selama satu bulan bermula 11hb Julai nanti, hati meronta-meronta untuk menarik diri. Tapi disebabkan akal yang waras ini, maka diteruskan juga. WARAS, PAK! Tidak mungkin lah Nurul tarik diri. Mahu mendapatkan kerja sikit punya susah. HEHE. (:


Nurul okay dengan semua pelatih perempuan. Dengan lelaki tidak lagi. Malu ah. Sudahlah banyak kali ditertawakan oleh satu kelas kerana tanpa sedar melakukan sesuatu yang tidak sangka akan dijadikan bahan jenaka oleh komander dan rakan-rakan yang lain. HAMPEH!


Apapun, harap-harap latihan selama satu bulan di kem akan ditempuhi dengan jayanya. Latihan yang berat, dengan waktu tidur yang tidak menentu pasti akan membuatkan mindaku terdera. Hmph. Banyak-banyakkan berdoa la ya, Nurul.


Dan selepas latihan di kem tamat, tiga bulan yang seterusnya pula diberikan untuk Nurul dan yang lain belajar tentang undang-undang DBKL. Jadi pelajar balik la nampaknya. Agaknya, masihkah otak ini berfungi dengan baik? Masih.. Masih..


Dan selepas itu, barulah secara rasminya, Nurul akan menyarungkan uniform kebadan. Huu.Huu.. Tak sabar nak tunggu saat tu tiba. Lambat lagi. Empat bulan lagi. Apa yang paling Nurul harapkan adalah, Nurul tidak akan hitam seperti bontot kuali apabila latihan tamat nanti. HAHA. (:


Last, terima kasih kepada mereka yang sering tanya khabar tentang Nurul dan ambil berat. Mula dari malam ini, Nurul akan start melawat belog kawan-kawan semula.


Till then,

Nurul di Terengganu, Bercuti.

Assalamualaikum.


Mula-mula sekali Nurul nak kalian semua teka Nurul ada dimana sekarang. Kalau dapat jawab Nurul bagi flying kiss dari sini. HAHA. (:


Okay lah, tak mahu la main teka-teki. Nurul sekarang ada di Balai Polis Gong Badak, Kuala Terengganu. Haa? Apa kesalahan yang Nurul buat sampai masuk sini, jauh dari KL pula tu. Eh tak.. Nurul tak buat kesalahan apa-apa pun, Nurul datang sini saja nak bercuti plus Nurul nak teman kakak Nurul yang ditugaskan kesini. Ya, dia bekerja sebagai polis.


Nurul pernah cerita yang buah hati Nurul pun bekerja disini juga yang sebelum ni dia kerja di Ipoh, Perak. Disebabkan ayah dia minta dia untuk tukar kerja dan menetap disini, jadi dia mengikut kata ayah dia dan berhenti kerja lalu bekerja disini sebagai pensyarah. Tak mahu la bagitahu kat mana. Bukan kalian kenal pun kan? (:


Walaupun dia terpaksa berhenti kerja yang dia sayang tu, tapi demi ayahnya yang tak berapa sihat tu, dia turutkan saja, walaupun ada juga dia mengadu yang dia menyesal berhenti kerja dekat Ipoh tu, dan dia cakap, bila tengok muka ayah, rasa menyesal tu hilang. Tak apalah kan. Masa ni la dia nak balas budi ayah dia.


Hari ni, dah hari ke-3 Nurul duduk sini. Jumpa pakwe Nurul pun baru sekali. Hari ni, dekat Terengganu kan cuti. Hari Jumaat dan Sabtu. Mula-mula ingat, dapat la lepak dengan dia lama sikit memandangkan semalam jumpa dia kejap je, itupun dalam suasana yang tegang. Tapi dapat mesej dari dia dalam pukul 2 macam tu cakap dia sakit perut yang teramat, entah, mungkin salah makan kot. Jadi hari ni, mungkin juga tak dapat jumpa dia.


Pelik sikit rasanya. Sebab dulu kalau datang sini, mesti rasa teruja nak jumpa dia. Tapi masa turun je dari bas pagi tu, tak rasa macam tu pula. Kenapa ya? Kemungkinan yang Nurul dapat fikir, adalah seperti berikut. HAHA. (:


1- Sebab dia layan Nurul acuh tak acuh lepas dia datang KL haritu. Malam last nak jumpa tu, dia layan punya la romantik, tapi lepas sampai Terengganu, terus buat tak tahu. Sakit juga hati ni. Tapi sebab dah biasa, macam pepatah, alah bisa tegal biasa tu, membuatkan Nurul rasa macam 'tak apalah, aku dah biasa kena macam ni.'So teruskan juga hidup walaupun sakit hati. HAHA. (:


Nurul nak bagitahu yang, gambar bawah ni adalah gambar Nurul dengan pakwe Nurul. Hmph. Tahun depan entah masih sepasang kekasih atau tidak?


Okaylah, jaga diri semua. Senyum selalu. Muah. (: