I Kasihan.

Kasihan sungguh pada diri sendiri. Sebab apa typecakap macam tu?

@tak ada duit langsung dalam akaun bank. gila. I seorang yang boros, "kaw gila kaw gila!!" (yell at myself).

@Kadang rasa diri macam seorang peminta sedekah.

@sudah putus dengan orang terengganu selama 3jam paling lama, kemudian msg dia sambil menangis-nangis cakap tak mampu teruskan hidup tanpa dia disisi (ya betul, disisi bukan bermakna dia perlu berada disebelah I selama 24jam sehari). Tapi sudah cukup mengetahui yang dia tetap bersama I walaupun terpisah selama 6 jam perjalanan melalui bas.

@kenapa diri ini dibenci? kenapa tidak kenali dulu diri ini sebelum membuat keputusan untuk membenci? kenapa? kenapa? kenapa tak mahu beri diri ini peluang untuk bahagia. hari-hari diri ini berdoa supaya jodoh berpanjangan, tapi kenapa doa itu tidak dimakbulkan? bukankah doa anak yatim piatu dimakbulkan? **crying**

@tak mampu untuk berpisah. tak mampu tak mampu.

@nekad untuk tidak makan selama 3 hari lalu masuk sepital dan meminta cuti dgn bos selama sebulan. tanpa gaji. tak kisah. miskin pun miskin lah. miskin harta , miskin kasih sayang.

@tak berjaya untuk mendapatkan kerja kerajaan walaupun banyak juga jawatan kosong yang diisi. begitu malangkah nasib diri ini?

@cemburu dengan adik yang lebih muda kerana sudah mendapat kerja kerajaan tanpa perlu berusaha siang dan malam kerana dibantu oleh kakak yang juga bekerja kerajaan.

@cemburu dengan adik lelaki bongsu kerana tak perlu bekerja susah dan payah untuk mendapatkan duit. hanya perlu bersuara saja, duit sudah berada ditapak tangan.

@paling kasihan kerana tiada tempat untuk mengeluh, lalu mengambil keputusan untuk menekan keyboard meluahkan tentang rasa kecewa dan kasihan terhadap diri sendiri. kecewa dengan diri sendiri!!!!

2 comment:

shazika said...

sapekah org trgnu itu?

Unknown said...

best tu bersuara je dah dapat duit :)